Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$117.6 bilion pada 13 September, 2024.

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$117.6 bilion pada 12 Sept 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, Sept 23: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada US$116.8 bilion (US$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.

Bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab adalah rizab mata wang asing yang berjumlah US$105.4 bilion, diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 billion), emas (US$2.9 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM653.59 bilion merangkumi emas dan rizab pertukaran asing, termasuk SDR (RM554.00 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.57 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.48 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM56.12 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti berjumlah RM653.59 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM210.54 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM151.72 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM8.65 bilion), deposit lain (RM66.98 bilion), kertas Bank Negara (RM15.69 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain (RM3.43 bilion).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan