Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS bersama-sama pihak Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak menganjurkan Program Kesedaran Alam Sekitar Kebersihan Sungai Miri baru-baru ini. Foto NREB

PETRONAS tanam lebih 5,000 pokok bakau di Miri sejak 2021

BySalasiah Safian

MIRI, 23 Sept: PETRONAS secara proaktif melaksanakan usaha melindungi dan mengurangkan impak kepada biodiversiti bagi mengelakkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.

Pengurus Besar Kanan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Aset Sarawak) Noriani Yati Mohamad berkata, sekiranya aspek berkenaan tidak dititikberatkan ia boleh memberi kesan kepada keupayaan pihaknya untuk mencapai matlamat perniagaan dan Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

Kata beliau, hutan dan pokok paya bakau adalah penting dalam usaha memerangi perubahan iklim dengan memerangkap karbon selain menyediakan habitat untuk pelbagai jenis hidupan, mencegah hakisan pantai dan menyokong komuniti setempat sebagai sumber mata pencarian.

“Fokus PETRONAS adalah untuk mencipta impak positif kepada masyarakat dan persekitaran.

“Di PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. – Aset Sarawak, kami menggapai fokus ini melalui projek komuniti seperti penanaman pokok bakau di Kuala Baram Miri yang bermula pada 2021 dan sehingga kini, jumlah pokok bakau yang disemai adalah sebanyak 5,291 batang pokok,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media sempena Program Kesedaran Alam Sekitar Kebersihan Sungai Miri.

Tambahnya, setiap dua bulan kakitangan PETRONAS yang terdiri pelbagai jabatan mengadakan aktiviti penanaman pokok bakau di kawasan Kuala Baram, Miri.

Usaha konsisten ini katanya, sejajar dengan satu lagi Tonggak Kelestarian PETRONAS iaitu Menyemai Masa Hadapan.

Baru-baru ini, PETRONAS bersama-sama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak menganjurkan Program Kesedaran Alam Sekitar Kebersihan Sungai Miri yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan penduduk di Miri berkenaan kepentingan mengekalkan dan melindungi biodiversiti alam sekitar. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan