MIRI, 23 Sept: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew memaklumkan sejumlah RM150,000 diluluskan pada tahun lepas untuk projek naik taraf Balai Polis Miri Pusat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau berkata, jumlah itu disalurkan menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP).
Katanya kontrak kerja telah diberikan pada 15 Ogos 2024.
“Hari ini saya mengadakan lawatan tapak untuk menilai kemajuan projek ini.
“Balai ini mengalami kerosakan teruk akibat hujan lebat beberapa bulan lalu,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, balai polis berusia 71 tahun itu sudah berada dalam keadaan daif dan keadaan cuaca buruk baru – baru ini menyebabkan masalah itu bertambah serius.
“Ini menyebabkan beberapa bilik di balai terpaksa ditutup dengan kanvas kerana kebocoran atap selain masalah saliran yang serius,” katanya.
Sebastian berkata, fokus kerja naik taraf melibatkan penambaikan ruang bagi memastikan balai dapat berfungsi dengan lebih baik.
“(Selain itu) jalan masuk ke balai juga dilanda dibanjir,” katanya.
Menurut beliau turut dilakukan ialah kerja membaiki bumbung berikutan kerosakan yang berlaku.
“(Berlaku) masalah saliran di sini, kami menemui lima culvert kecil namun hanya tiga yang berfungsi,” katanya.
Projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh beberapa minggu lagi sekali gus akan memberikan wajah baharu kepada balai berkenaan yang menjadi simbol keselamatan dan keamanan bandar raya ini. -TVS.