Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Gala Emas 50 Tahun Perinsuran Brokar di Kuching, malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Perinsuran Brokar diberi tanggungjawab menginsuranskan aset strategik Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 23 Sept: Perinsuran Brokar Sdn Bhd, syarikat broker insurans terkemuka di Malaysia, telah dipilih untuk menginsuranskan aset strategik Sarawak, termasuk Pelabuhan Bintulu, dalam usaha memastikan perlindungan menyeluruh terhadap aset penting negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah ini bukan sahaja akan memperkukuh sektor insurans negeri, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan daya tahan industri logistik.

“Kita perlu membina nilai aset yang besar agar perniagaan insurans dapat berkembang. Jika nilai aset kecil, jumlah insurans juga kecil. Justeru, dengan pertambahan nilai aset seperti pelabuhan, perniagaan insurans juga akan berkembang,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Emas 50 Tahun Perinsuran Brokar di sini, malam ini.

Sehubungan itu, Pelabuhan Bintulu yang kini menjadi nadi kepada industri minyak dan gas di Sarawak, dilihat sebagai aset utama yang bakal menyumbang kepada pengembangan perniagaan insurans.

“Operasi pelabuhan ini menghubungkan industri perkapalan dan logistik. Kedua-duanya memerlukan perkhidmatan insurans. Apabila asas ekonomi berkembang, peluang untuk menawarkan program insurans juga meningkat,” ujarnya.

Abang Johari turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan Perinsuran (Brokar) Sdn Bhd dalam membantu membangunkan sektor insurans di Malaysia.

“Dengan penambahan aset seperti minyak dan gas serta operasi pelabuhan, perniagaan insurans kita semakin berkembang.

“Industri hidrogen dan amonia memerlukan perlindungan melalui produk insurans. Sebagai contoh, perkhidmatan hidrogen secara pukal memerlukan insurans untuk melindungi nilai aset yang besar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan