Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chow Mei Hsia (empat kiri) meraih pingat emas pertamanya menerusi Para SUKMA. Foto TVS

Para SUKMA: Chow Mei Hsia hadiahkan pingat emas buat suami

ByDawson

KUCHING, 23 Sept: Atlet para ping pong dari Sarawak, Chow Mei Hsia meraih pingat emas, selepas menewaskan tiga persaingnya dari Sabah dan Perak dalam acara perseorangan kerusi roda wanita-Kumpulan A pada temasya Para SUKMA Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Beliau menewaskan Rahimah Andungai dari Sabah dan Nurul Fathiah Jamaluddin serta Siti Nur Amira Hamizul dari Perak.

Secara keseluruhan, terdapat enam pusingan perlawanan untuk kategori tersebut.

Mei Hsia berjaya menewaskan Rahimah dengan keputusan 3-2. Selain itu, beliau menewaskan Nurul Fathiah serta Siti Nur Amira dengan keputusan yang sama, 3-0.

Untuk pemenang pingat perak, Rahimah menewaskan kedua-dua atlet dari Perak, dengan keputusan yang sama, iaitu 3-0.

Nurul Fathiah menumpaskan rakannya Siti Nur Amira dengan keputusan 3-2 dan membawa pulang pingat gangsa untuk kontinjen Perak.

Mei Hisa, 45, berasa sangat gembira dengan kemenagan ini. Beliau yang pernah mewakili Sarawak sebelum ini berkata ini merupakan pingat emas pertama dimenanginya.

Beliau berkata, pingat itu juga hadiah untuk suaminya.

Beliau berharap pasukan ping pong Sarawak dapat bekerja lebih keras pada masa hadapan bagi mencapai keputusan yang lebih baik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan