Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba dan Penyelamat dan polis mengangkat mayat mangsa serangan buaya untuk tindakan lanjut. Foto JBPM

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui tidak sempurna

MIRI, 23 Sept: Mayat lelaki yang dibaham buaya ketika memeriksa pukat di Sungai Batu 4 Kuala Baram di sini, semalam, dijumpai terapung dalam keadaan tidak sempurna.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata jasad Minggu Ikum, 59, ditemui dengan hilang tangan dan kaki sebelah kiri.

Mayat dijumpai terapung oleh pasukan Bomba dan Penyelamat di lokasi empat kilometer dari pusat kawalan bomba pada 1.45 tengah hari, hari ini.

“Jasad seterusnya diserahkan kepada pihak polis pada 2 petang untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Minggu dikatakan keluar memeriksa pukat seorang diri di sungai berkenaan pada 7.30 pagi.

Bomba menerima laporan berhubung kes itu jam 5.55 petang.

Anak mangsa cuba menghubungi ayahnya sebanyak dua kali iaitu pada 11 pagi dan 12 tengah hari, namun panggilan itu tidak dijawab.

Bimbang sesuatu berlaku kepada ayahnya, anak mangsa pergi ke tempat ayahnya memasang pukat.

“Hanya kereta milik ayah dijumpai di letakkan di tepi jalan tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Mereka mencarinya di sungai dan didapati ada satu pukat terkoyak dan ada kesan gelongsor besar di tepi sungai tempatnya memukat dipercayai bekas tapak reptilia ganas itu,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan