Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Nurdin Ibrahim, Andy Lau Sie Hung, Mary Bada, Badrul Hisam Musa, dan Elvsius John yang berjaya memecahkan rekod Para SUKMA. Foto TVS

Lima rekod baharu acara olahraga dicatat pada hari pertama Para SUKMA

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Sept: Sebanyak lima rekod baharu dicatatkan pada hari pertama temasya Para SUKMA XXI dalam acara olahraga pada pagi tadi.

Anak jati Sarawak, Andy Lau Sie Hui mencipta rekod baharu dalam acara balapan 1,500 meter kategori Lelaki T1 dengan catatan masa 5:19.82, memecahkan rekod Ranggong Unggang (5:20.53) yang dibuat pada tahun 2010.

Dalam kategori Lelaki T20, atlet balapan dari Kedah, Muhamad Nurdin Ibrahim, mencipta rekod baharu dengan masa 4:21.26, sekali gus mengatasi rekod atlet Perlis, Muhammad Haqeem Mustaqim Husmadi (4:24.08) yang dicatatkan pada temasya Para Sukma 2018.

Bagi acara lontar peluru kategori Lelaki F12, atlet Johor, Badrul Hisam Musa, berjaya memecahkan rekodnya sendiri yang dicatatkan pada edisi Para Sukma 2022 dengan lontaran sejauh 11.85 meter, lebih baik berbanding rekod lamanya sejauh 9.70 meter.

Dalam acara merejam lembing kategori Lelaki F57, atlet Sabah, Elvsius John, muncul juara dengan rekod baharu sejauh 27.43 meter, memecahkan rekod lama 27.02 meter yang dipegang oleh Faridul Masri dari Kuala Lumpur sejak 2016.

Sementara itu, dalam acara lempar cakera kategori Wanita F40, atlet tuan rumah, Mary Bada, memecahkan rekod Cordiria Nyoted dari Sarawak dengan lontaran sejauh 10.66 meter, mengatasi rekod lama 9.36 meter.

Sehingga kini, Sarawak mendahului dengan jumlah kutipan 26 pingat: 10 emas, 8 perak, dan 8 gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan