Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih para memanah Sarawak, Razmi Amit ketika ditemui media di lapang sasar di Kuching, hari ini. Foto TVS

Jurulatih tetap bangga pencapaian atlet para memanah Sarawak meskipun tidak raih pingat

ByMadeline Dugat

KUCHING, 23 Sept: Harapan Sarawak untuk meraih pingat menerusi acara recurve 70 meter memanah lelaki dan wanita pada Para SUKMA Sarawak 2024 hari ini tidak kesampaian.

Jurulatih Pasukan Para Memanah Sarawak Razmi Amit berkata, walaupun begitu, beliau tetap berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan para atlet walaupun mereka masih baru.

“Walaupun pada hakikatnya saya mengharapkan pingat untuk kategori ini, tetapi kita akan cuba lagi bagi kategori individu pada hari Rabu nanti.

“Mereka juga menunjukkan prestasi yang cukup baik. Namun hari ini mereka buktikan penambahbaikan dari segi kumpulan mata,” katanya ketika ditemui pada acara sukan memanah di lapang sasar di sini, hari ini.

“Set pertama dan kedua mereka agak gugup, set ketiga baru mula bangkit namun kita tidak dapat mengejar mata yang sudah jauh ketinggalan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Azaruddin Mat dari Terengganu berjaya menghadiahkan pingat emas kepada Terengganu pada acara recurve (70 meter) lelaki dengan kutipan 602 mata diikuti Nurfaizal Hamzah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meraih pingat perak dengan 599 mata.

Manakala, pingat gangsa pula diraih Ahmad Jaffri Jamaluddin dari Pahang dengan 579 mata.

Bagi acara recurve (70 meter) wanita, Loh Chi Hui dari Pahang meraih pingat emas dengan 574 mata diikuti Thilagavathy Krishnan dari Kedah dengan 464 mata dan Jaynie Jamirin dari Sabah membawa pulang pingat gangsa dengan 407 mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan