Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis memeriksa pekerja penghantaran yang tiba dengan sejambak bunga di pintu masuk Kedutaan Jepun di Beijing pada 19 September 2024.Foto, AFP.

Jepun hantar pegawai kanan ke Beijing susulan pelajarnya maut ditikam di China

TOKYO, 23 Sept: Naib Menteri Luar Jepun pada Isnin akan membincangkan kejadian seorang murid sekolah warga negara itu yang maut ditikam di Beijing, kata kementerian luar negara itu.

Bermula Ahad hingga Selasa, Menteri Negara Jepun bagi hal ehwal luar negeri Yoshifumi Tsuge akan melawat Beijing bagi menangani kes kematian seorang kanak-kanak di Sekolah Jepun Shenzhen, kata kementerian itu semalam.

Selepas serangan minggu lalu di bandar Shenzhen, selatan China, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menuntut penjelasan dan menggesa China memastikan keselamatan warganya.

Beijing menyatakan rasa kesal dan sedih atas apa yang disifatkan sebagai insiden terpencil yang boleh berlaku di mana-mana negara.

Menteri Luar Jepun Yoko Kamikawa juga sedang mengatur pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China di New York semasa kedua – dua pemimpin itu melawat bandar di Amerika Syarikat itu, lapor penyiar awam NHK.

Media Jepun melaporkan mangsa tikaman itu merupakan kanak-kanak lelaki warganya yang berusia 10 tahun tinggal di Shenzhen.

Seorang maut, 10 hilang hujan lebat landa Noto, Jepun

Kementerian Luar China pula menyatakan ibu bapanya masing-masing warga Jepun dan China.

Polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu.

Sehingga kini serangan yang berlaku pada 18 September itu ketika ulang tahun insiden Manchuria itu tidak jelas sama ada bermotifkan politik atau sebaliknya.

Di China, kejadian itu dikenali sebagai hari penghinaan negara.

Pada Jun, seorang wanita warga Jepun dan anaknya cedera dalam satu lagi serangan pisau di Suzhou dekat Shanghai, yang disifatkan oleh Kementerian luar China pada masa itu sebagai insiden terpencil.

Seorang wanita warga China berusia 55 tahun mati ketika cuba menghalang penyerang dan diberi penghormatan oleh kerajaan tempatan selepas kematiannya.

Hubungan kedua – dua negara dilihat kian tegang apabila China semakin tegas dalam pertikaian wilayah di rantau ini selepas Jepun meningkatkan hubungan keselamatan dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. 

Beijing pada minggu lepas mengumumkan akan secara beransur-ansur menyambung semula import makanan laut dari Jepun selepas larangan pada Ogos tahun lalu susulan pelepasan air dari loji nuklear Fukushima.

Minggu lalu, Jepun berkata kapal pengangkut pesawat China belayar berhampiran dua pulaunya berhampiran Taiwan buat kali pertama.

Tokyo menyelar insiden itu sebagai tidak boleh diterima sama sekali manakala China berkata ia telah mematuhi undang-undang antarabangsa.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan