KUCHING, 23 Sept: Atlet Johor, Nur Ilyana Abu Bakar mengidamkan pingat emas acara boling padang pada Para SUKMA XXI.
Nur Ilyana,40, berkata, pada edisi lepas di Kuala Lumpur, beliau hanya memperoleh pingat perak.
“Sasaran saya kali ini adalah untuk meraih pingat emas kerana sebelum ini hanya memperoleh pingat perak,” katanya kepada TVS hari ini.
Menurutnya, sokongan jurulatih dan rakan memberi dorongan kepadanya untuk terus menampilkan aksi cemerlang.
“Banyak pihak menyokong saya termasuk pengurus, jurulatih, rakan dan ahli keluarga. Namun paling penting adalah kata-kata semangat daripada suami tercinta,” ujarnya.-TVS