Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad renang Sarawak terdiri daripada Fraidden Dawan, Mully Andriano, Rusdianto Rusmadi dan Galang Jabai memenangi pingat emas dalam acara 4 X 100m gaya bebas 34 mata lelaki. Foto TVS

Fraidden Dawan harumkan nama Sarawak dengan tiga emas

ByKah Joo

KUCHING, 23 Sept: Perenang Sarawak, Fraidden Dawan cemerlang selepas meraih tiga pingat emas dalam sukan renang Para SUKMA XXI.

Pingat pertama diraih dalam acara 100m gaya kuak dada lelaki SB9 dengan catatan masa 1:30.67.

Tempat kedua pula dimenangi perenang Labuan, Labo Taulim dengan masa 1:39.92 manakala gangsa menjadi milik perenang Sarawak, Raymalos Andrew (1:41.87).

Pingat emas kedua Fraidden diperoleh menerusi acara 100m gaya kuak lentang lelaki S10 dengan catatan masa 1:22.40.

Perenang Melaka, Mohd Azmeen Kamarulzaman memenangi pingat perak dengan catatan masa 1:46.56 manakala Muhammad Nafis Raziz meraih gangsa (1:53.91).

Fraidden bersama-sama Mully Andriano, Rusdianto Rusmadi dan Galang Jabai menghadiahkan Sarawak memenangi pingat emas selepas memenangi 4X100m gaya bebas 34 mata lelaki.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan