Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Pasukan, Abang Mohammad Reduan Abang Sahari. Foto TVS

Empat pingat emas sasaran skuad catur Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 23 Sept: Empat pingat emas menjadi sasaran Sarawak untuk acara catur Para SUKMA XXI.

Pengurus Pasukan, Abang Mohammad Reduan Abang Sahari berkata, pada edisi kali ini, Sarawak menghantar 13 atlet dan enam daripadanya merupakan atlet baharu.

“Kami menetapkan sasaran empat pingat emas. Setakat ini, kami melihat kontinjen Johor dan Kuala Lumpur memberi saingan sengit kepada Sarawak

“Sasaran kita adalah bagi kategori buta separa dan rabun separa (B2B3) wanita manakala gangsa menjadi sasaran bagi kategori kecacatan fizikal (P1) wanita,” katanya kepada TVS hari ini.

Menurutnya, setakat ini beliau optimis Sarawak mampu meraih pingat selepas kemenangan yang dilakar pada pusingan pertama.

Dalam pusingan pertama, Watson Manda Edwin dan Yak Fang Ling meraih mata bagi pusingan pertama dalam kategori buta sepenuhnya (B1) lelaki dan wanita.

Manakala bagi kategori buta separa dan rabun separa (B2B3) Mohamad Zahier Mohamad Rasdi (lelaki) dan Thoo Siaw Lan (wanita) serta Agsempher Manyud (lelaki) seri dengan pesaingnya dari Kuala Lumpur, Saiessan Selvaratnam.

Bagi kategori kecacatan fizikal (P1) pula, Cindy Yeo Siaw Hui (wanita) meraih satu mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan