KUCHING, 23 Sept: Donny Jaranding mempamerkan aksi cemerlang selepas menghadiahkan Sarawak dua pingat emas dalam sukan renang Para SUKMA XXI.
Pingat emas pertama Donny diraih menerusi acara 100m gaya kuak lentang lelaki S13.
Donny sekali lagi cemerlang selepas meraih pingat dalam acara 100m gaya bebas lelaki S13.
Sementara itu, perenang Sabah, Abdul Halim Mohammad turut memenangi dua pingat emas.
Pingat emas pertama Abdul Halim diraih dalam acara 400m gaya bebas lelaki S8/S9 manakala pingat emas kedua menerusi acara 100m kuak dada lelaki SB8.
Acara 4X100m gaya bebas campuran S14 menyaksikan Selangor memenangi pingat emas.-TVS