Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teckman Mary, Richard Bada dan Abdullah Syawal Majarol selepas menerima pingat kemenangan bagi acara lempar cakera kategori lelaki F41 di sini, hari ini. Foto TVS

Dominasi atlet Sarawak dalam lempar cakera

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Sept: Acara lempar cakera F41 Para SUKMA XXI menyaksikan dominasi atlet Sarawak yang meraih pingat emas, perak dan gangsa.

Pemenang pingat emas, Richard Bada berkata, beliau tidak menduga mampu memecahkan rekod miliknya.

“Saya gembira dan bangga dapat menaikkan nama Sarawak dan keluarga di kampung,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, beliau akan terus berlatih dan berusaha gigih untuk menghadapi kejohanan lain pada masa akan datang.

Selain lempar cakera, Richard turut menyertai acara rejam lembing dan lontar peluru.

Dua lagi rakan seperjuangan Richard, Teckman Mary dan Abdullah Syawal Majarol masing-masing memenangi pingat perak serta gangsa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan