Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi MDDM mengadakan kunjungan hormat bertemu Tun Pehin Sri Sr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak hari ini. Foto, TVS.

Cadangan pindaan Akta Anugerah 2017 bendung penyalahgunaan anugerah, darjah kebesaran

KUCHING, 23 Sept: Pengukuhan penguatkuasaan Akta Anugerah 2017 (Akta 787) penting bagi membendung aktiviti penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran, tegas Majlis Datuk Dato Malaysia (MDDM).

Presidennya, Datuk Awalan Abdul Aziz berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan pindaan untuk beberapa klausa dalam akta itu kepada Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Jelas beliau, akta itu diwujudkan sejak 2017 namun sehingga kini pelaksanaan tidak menyeluruh di seluruh negara.

“(Oleh itu) bagi memastikan semua pihak sedar akan kepentingan untuk menangani isu ini, MDDM turun padang untuk menguar-uarkan usaha mereka kepada tampuk kepimpinan negeri.

“(Termasuk) hari ini kita (adakan kunjungan hormat bagi) menyampaikan maklumat terkini kepada Yang di -Pertua Negeri Sarawak (Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar) berkenaan dengan pelaksanaan dan peguatkuasaan Akta 787 iaitu berhubungan kesalahan anugerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai mengadakan kunjungan hormat berkenaan di Astana Negeri Sarawak di sini hari ini.

Tambah Awalan, pihaknya berharap dengan pindahan serta penambaikan akta itu, isu berkaitan penyalahgunaan serta penipuan menggunakan anugerah yang tidak diiktiraf serta penggunaan gelaran palsu dapat dibendung dengan kadar segera.

MDDM juga katanya akan menganjurkan forum berkenaan Akta 787 dengan tema Memelihara Kemuliaan Darjah Kebesaran pada 3 Oktober 2024. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan