Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Datuk Dr P S Nathan meninggal dunia pada usia 90 tahun, petang semalam. Foto Bowling Malaysia (FB)

Bekas Presiden MTBC P S Nathan meninggal dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Bekas Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Datuk Dr P S Nathan meninggal dunia pada usia 90 tahun, petang semalam.

Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.

“Beliau seorang pemimpin, mentor dan pembimbing yang hebat dalam komuniti boling. Kepimpinan berwawasan beliau bukan sahaja mengangkat boling Malaysia ke tahap bertaraf dunia malah memberikan inspirasi kepada ramai individu yang berpeluang menimba ilmu daripadanya.

“Sumbangan beliau kepada sukan itu, di arena tempatan dan global, tidak ternilai,” menurut kenyataan itu.

Nathan mengasaskan MTBC pada 1974 dan sejak itu menerajui badan induk tersebut sebelum meletakkan jawatan Mei lepas.

Mendiang meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan