Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka korban letupan lombong arang batu di iran meningkat 38 orang. Foto: AFP

Angka korban letupan lombong arang batu di Iran meningkat 38 orang

ByBernama

BIRJAND, 23 Sept: Letupan di sebuah lombong arang batu di Khorasan Selatan telah meragut sekurang-kurangnya 38 nyawa, menurut gabenor jeneral wilayah itu Javad Ghenaat, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Ghenaat pada Isnin memberitahu pemberita bahawa 14 pelombong terperangkap di blok C lombong itu yang terletak di bandar Tabas, susulan kejadian pada lewat Sabtu.

Menurut beliau, di blok B, 47 pekerja terperangkap dengan 30 daripadanya meninggal dunia manakala 17 lagi cedera.

Daripada jumlah mangsa yang cedera, 10 pelombong masih dirawat di hospital sementara selebihnya telah dibenarkan keluar.

Ketua pengarah jabatan pengurusan krisis wilayah Mohammad-Ali Akhondi pada Ahad berkata insiden itu berpunca daripada letupan gas metana di dua blok lombong berkenaan.

Beberapa negara dan pemimpin telah menyampaikan ucapan takziah serta simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa serta rakyat dan kerajaan Iran.

Presiden Masoud Pezeshkian telah mengarahkan siasatan berhubung kejadian itu, menurut ketua Majlis Penerangan pentadbirannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan