Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Bintulu Port Supply Base, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Abang Johari dijemput berucap pada forum perubahan iklim PBB di Azerbaijan

BINTULU, 23 Sept: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan beliau akan berkongsi pandangan mengenai pengurusan tenaga hijau pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) di Baku, Azerbaijan.

Premier Sarawak itu berkata, jemputan berkenaan menyusul selepas memberi ucaptama pada Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024 di Singapura awal bulan ini.

Jemputan berkenaan kata Abang Johari menunjukkan dunia kini memandang Sarawak sebagai hab tenaga hijau.

“Jadi dalam hal ini, kita (Sarawak) perlu mempunyai pendekatan baharu, minda baharu, perniagaan baharu dan komuniti perdagangan baharu untuk mempromosikan perkara yang memberi keuntungan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perasmian Bintulu Port Supply Base, di sini, hari ini.

Turut hadir tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian selain Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar.

Pada Mei lalu, Abang Johari telah menerima kunjungan hormat dari Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia Irfan Davudov yang menjemputnya untuk menghadiri persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan yang dijadualkan berlangsung pada November depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan