Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

7,958 mangsa banjir berada di 37 PPS di Kedah setakat 9 pagi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Seramai 7,958 mangsa banjir masih berada di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, setakat 9 pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka yang terdiri daripada 2,567 keluarga, melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

Daerah Kota Setar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,397 orang, diikuti Pendang (1,604), Kubang Pasu (619), Pokok Sena (219) dan Bandar Baharu (119).

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan, dua sungai masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang daripada tujuh keluarga setakat 8 pagi tadim yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.

Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan Sungai Perak di Pasang Api dalam daerah Bagan Datuk berada pada tahap amaran dengan paras air setinggi 2.22 meter (m), manakala Kolam Air Bukit Merah di Kerian masih pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 9.01m.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut di kesemua daerah di Perak pada petang ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan