MIRI, 22 Sept: Sukan taekwando dilihat dapat menyatukan orang ramai dan serta melindungi nilai-nilai penting yang mengekalkan kehidupan aman dan harmoni masyarakat Sarawak.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, ini kerana taekwando mengumpul semua atlet dari seluruh Sarawak bagi berganding mahu untuk mencapai matlamat yang sama.
“Anda boleh mengatakan bahawa taekwando merupakan sukan mempertahankan diri, tetapi (ia memiliki) faktor penyatuan.
“Anda semua berkumpul di sini untuk satu tujuan iaitu memberikan yang terbaik bersama rakan-rakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Taekwando Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Tertutup Miri pada Ahad.
Sementara itu Sebastian turut menyampaikan penghargaan kepada penganjur, Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) dan atlet taekwando yang menjadi penyumbang utama pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 iaitu 11 pingat emas baru-baru ini.
Beliau turut menyeru kepada atlet taekwando untuk terus berusaha bersungguh-sungguh supaya berpeluang untuk mewakili Sarawak pada SUKMA 2026 akan datang.
“Seterusnya mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa termasuk Sukan SEA 2027 dan Sukan Olimpik 2028,” katanya. -TVS.