Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan perasmian Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching, Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sukan SEA: Persetujuan jadi tuan rumah bersama untuk pembangunan sukan negara

ByAmirah Shawel

KUCHING, 22 Sept: Sarawak kekal dengan pendirian untuk menjadi penganjur bersama Sukan Asia Tenggara (SEA) yang dilangsungkan pada 2027.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, persetujuan Sarawak menjadi tuan rumah bersama adalah untuk memastikan pembangunan sukan di Malaysia berterusan.

“Ingin saya nyatakan kepada Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh), Sarawak akan turut serta membangunkan sukan di Malaysia dengan kemampuan yang ada, sebab itu kita bersetuju menjadi penganjur bersama Sukan SEA pada 2007,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Para SUKMA ke-21 Sarawak di Stadium Perpaduan di sini, malam ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Abang Johari menjelaskan, selepas penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA ke-21, Sarawak akan memastikan kemudahan sukan disediakan di wilayah ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, Sarawak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur secara rasmi menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027.

Menurutnya, keputusan sebagai tuan rumah itu telah dipersetujui pada mesyuarat jemaah menteri sebelum ini.

“Ini merupakan peluang untuk Kerajaan Sarawak terus membuktikan kewibawaan sebagai penganjur.

“Terima kasih kepada Sarawak di atas kesudian menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 dan Para ASEAN,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan