Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil Khas Premier Sarawak di DUN Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais ketika berucap di Majlis Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong 1446H/2024M, di sini, hari ini. Foto: TVS

Sudah tiba masa Sarawak dibangun mengikut acuan sendiri

ByAdlina Rahman

GEDONG, 22 Sept: Wakil Khas Premier Sarawak di DUN Gedong Dato Sri Mohd Naroden Majais menyatakan sudah tiba masa untuk Sarawak membangun mengikut acuan sendiri.

Beliau berkata, wilayah ini dilihat berpotensi membangun dengan lebih maju berbanding negeri lain di Malaysia.

Menurutnya, Sarawak sebelum ini jauh ketinggalan namun di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya menuntut semula hak Sarawak yang terhakis.

“Hak itu berjaya dikembalikan dan diperbetulkan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dipimpin Premier Sarawak.

“Antaranya melibatkan persempadanan tanah, pantai dan laut kita yang kaya dengan sumber asli seperti minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong 1446H/2024M, di sini, hari ini.

Baru-baru ini hak Kerajaan Sarawak ke atas kawasan luar pantai diperakui Kerajaan Persekutuan yang seterusnya membolehkan penerokaan dalam industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan