Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sri Lanka melanjutkan perintah berkurung yang dikenakan di negara itu sehingga tengah hari Ahad. Foto AFP

Sri Lanka lanjutkan perintah berkurung ketika pengiraan undi berlangsung

ByBernama

COLOMBO, 22 Sept: Sri Lanka melanjutkan perintah berkurung yang dikenakan di negara itu sehingga tengah hari Ahad, lapor Xinhua memetik kenyataan Menteri Keselamatan Awam, Tiran Alles.

Perintah berkurung mula dikuatkuasakan di Sri Lanka dari 10 malam Sabtu sehingga 6 pagi Ahad, menurut kenyataan polis.

Polis menyatakan bahawa walaupun keadaan di negara itu aman, keputusan untuk mengenakan perintah berkurung diambil bagi memastikan keselamatan rakyat lebih terjamin.

Proses pengundian pilihan raya presiden di Sri Lanka bermula pada 7 pagi waktu tempatan Sabtu dan berakhir pada 4 petang hari yang sama.

Proses pengiraan undi masih berjalan setakat pagi Ahad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan