Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan menyampaikan sijil penghargaan kepada penaja The 14th Gala Night M.O. Sarawak dan Grand Finale The Face M.O Sarawak Cycle 8 di Meritz Hotel, Miri. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Sarawak tumpu acara antarabangsa, pacu industri fesyen dan kreatif – Snowdan

ByVanessa Enjop

MIRI, 22 Sept: Industri kreatif Sarawak sedang berkembang pesat dan berpotensi besar di peringkat persada dunia, khususnya dalam bidang fesyen, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan.

Menurutnya, dengan menganjurkan lebih banyak acara berstatus antarabangsa, ia dapat menjadikan Sarawak sebagai pusat fesyen dan kreativiti di rantau ini, serta menarik pelancong dan penggiat industri dari seluruh dunia.

“Kita mahu mendedahkan industri fesyen Sarawak kepada khalayak yang lebih luas, membolehkan pemain industri melihat bagaimana besarnya potensi dan peluang dalam bidang ini. Dengan mengadakan acara-acara bertaraf antarabangsa, sama ada di Kuching, Miri, atau lokasi lain di Sarawak, kita dapat menarik perhatian global. Ini tentunya memberi manfaat besar kepada seluruh negeri ini.

“Kita masih mempunyai baki hampir RM3 juta dalam dana yang akan digunakan sebelum akhir tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk memperkasakan industri kreatif tempatan,” katanya ketika  berucap di 14th Gala Night M.O. Sarawak dan Grand Finale The Face M.O Sarawak Cycle 8 pada Sabtu.

Sebagai tanda sokongan peribadinya kepada acara tersebut, Snowdan sekali lagi menyumbangkan RM20,000 kepada The Face M.O Sarawak, sama seperti sumbangan yang diberikan pada tahun sebelumnya.

“Saya tidak kisah untuk memberikan sokongan, seperti yang saya lakukan tahun lalu. Tahun ini, saya akan memberikan tambahan RM20,000 lagi. Jangan risau, ini adalah komitmen saya untuk membantu industri kreatif di Sarawak,” jelas Snowdan.

Dengan inisiatif berterusan daripada kerajaan negeri, terutamanya melalui sokongan kewangan dan penganjuran acara antarabangsa, Sarawak kini berada di landasan yang kukuh untuk menjadi pusat fesyen dan kreativiti yang diiktiraf di peringkat global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan