Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Para Boling Padang Sarawak Saiful Adli Sami. Foto TVS

Sarawak sasar lima pingat emas boling padang

ByDawson

KUCHING, 22 Sept: Skuad boling padang Sarawak optimis meraih lima pingat emas pada Para SUKMA XXI yang berlangsung dari 22 hingga 28 September.

Ketua jurulatihnya, Saiful Adli Sami berkata, sasaran awal adalah tiga pingat emas namun berdasarkan perkembangan semasa beliau yakin lima pingat emas mampu diraih.

“Kita mampu meraih lima pingat emas namun semua pemain perlu mengekalkan momentum,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan acara boling padang peringkat kumpulan hari ini.

Menurutnya, pemain yang tewas pada perlawanan pertama perlu terus lebih bersemangat bagi menghadapi aksi akan datang.

“Saya berharap pemain yang tewas dapat memperbaiki permainan pada perlawanan seterusnya,” ujarnya.

Acara boling padang membuka tirai hari ini di Arena Lawn Bowls Sarawak melibatkan 32 perlawanan.

Atlet Sarawak berjaya memenangi tiga aksi peringkat kumpulan menerusi Niscal Nicholas Bujang dan Ahmad Bashirun Ismail adalam acara beregu terbuka B6 – Kumpulan C.

Dayangku Aisah Awang Taha dan Hazel Sigang Daud turut cemerlang selepas memenangi aksi beregu B1 – Kumpulan AA.

Kemenangan ketiga Sarawak diraih Azizie Suip dan Rustam Effendy Umar menerusi acara beregu terbuka B2 – Kumpulan BB.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan