Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta tetamu kehormat lain merakam kenangan di Majlis ‘Night at the Museum’ di Muzium Budaya Borneo, di sini, pada Sabtu. Foto TVS

Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri hujung tahun ini – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 22 Sept: Sarawak bakal memiliki syarikat penerbangan sendiri pada hujung tahun ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu optimis hasrat Kerajaan Sarawak untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri akan menerbangkan lebih ramai pelancong sama ada dari dalam mahupun luar masuk ke wilayah ini.

“Seiring dengan penubuhan syarikat penerbangan sendiri ini, kita juga akan membina satu lagi lapangan terbang antarabangsa baharu yang boleh menampung sehingga 15 juta penumpang di lapangan terbang baharu tersebut.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar akan menjadi model untuk membangunkan lapangan terbang baharu itu,” katanya ketika berucap pada Majlis ‘Night at the Museum’ di Muzium Budaya Borneo, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abang Johari menjangkakan pembinaan lapangan terbang baharu itu akan mengambil masa tiga hingga ke lima tahun untuk siap.

“Jadi, dengan infrastruktur ini, saya pasti ramai pelancong yang datang ke negeri ini, sama ada untuk menikmati keindahan di sini atau atau disebabkan perniagaan. 

“Ini bermakna Sarawak diharapkan akan menjadi pusat pelbagai acara yang berlangsung, selain mampu menarik pelancong-pelancong datang ke negeri ini,” ujar beliau.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan