Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat Penjaja Morsjaya, Miri, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi. Foto JBPM

Pusat Penjaja Morsjaya musnah terbakar

MIRI, 22 Sept: Pusat Penjaja Morsjaya di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Komander Operasi, Mohammad Fairus Apit berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.59 malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan satu lot kedai jenis struktur separuh kekal  telah terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah membuat size up berkonsepkan RECEO dan tidak melibatkan mangsa, pihak bomba bertindak memadamkan kebakaran secara ofensive dan defensive dengan menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel dan dua aliran salur bantu mula air dari pam jentera.

“Kerja-kerja overhaul dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca-punca api di tempat kejadian. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan