Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo Para SUKMA 2024

Platform usahawan tempatan kembangkan perniagaan

KUCHING, 22 Sept: Karnival Para SUKMA ke-21 meripakan platform terbaik mengembangkan perniagaan 60 usahawan tempatan.

Berlangsung di Dataran Perayaan dari 21 hingga 28 September, karnival tersebut turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), karnival tersebut melibatkan usahawan yang menjual pelbagai jenis produk tempatan.

“Seramai 60 usahawan terlibat dengan 21 usahawan menjual pelbagai produk makanan tempatan.

“Sembilan lagi usahawan menjual pelbagai jenis minum, 20 usahawan menjual produk IKS dan 10 usahawan food truck,” menurut kenyataan tersebut.

Majlis perasmian Karnival Para SUKMA dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah pada Ahad.

Karnival yang bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam itu turut dimeriahkan dengan pameran dan jualan produk daripada penaja Para SUKMA.

Karnival yang akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 08.00 malam itu turut di meriahkan dengan pameran serta jualan produk daripada penaja-penaja Para SUKMA.

Pada masa sama, karnival tersebut turut mempromosikan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Karnival tersebut turut diwarnai dengan persembahan khas oleh Speacial Olympic Kuching Chapter dan Sarawak OKU Skills Development Association.

Turut diadakan persembahan kebudayaan, promosi produk pelancongan, pertandingan karaoke, demonstrasi masakan dan produk.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan