KUCHING, 22 Sept: Karnival Para SUKMA XXI membuka peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat dan perkhidmatan daripada pelbagai agensi.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komunti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementerian dan agensi terlibat menyediakan maklumat terkini kepada masyarakat serta pengunjung karnival.
Malah menurutnya, usahawan tempatan boleh menjadikan karnival tersebut sebagai platform mempromosi produk jualan mereka.
“Ini merupakan peluang kepada kementerian dan agensi memberikan maklumat serta membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan yang disediakan termasuk Endowment Fund Sarawak (EFS) dan bantuan ibu bersalin,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Karnival Para SUKMA XXI di sini, hari ini.
Fatimah menjelaskan, karnival tersebut dianjurkan untuk memeriahkan lagi Para SUKMA.-TVS