Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyelaras khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert, memberi amaran bahawa Timur Tengah sedang menghadapi situasi bencana, dengan menyatakan bahawa rantau itu "berada di ambang bencana yang semakin hampir". Foto fail AFP

PBB beri amaran “bencana yang semakin hampir” di Timur Tengah

ByBernama

BEIRUT/TEL AVIV, 22 Sept: Penyelaras khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert, memberi amaran bahawa Timur Tengah sedang menghadapi situasi bencana, dengan menyatakan bahawa rantau itu “berada di ambang bencana yang semakin hampir”, lapor Agensi Berita Jerman, Deutsche Presse-Agentur (dpa).

“Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat,” katanya.

Kenyataan Hennis-Plasschaert merujuk kepada pertempuran berterusan antara tentera Israel dan Hizbullah di Lubnan, yang berlanjutan sepanjang malam.

Kedua-dua pihak terlibat dalam beberapa tembakan paling sengit sejak konfrontasi mereka bermula semula hampir setahun yang lepas.

Misi pemerhati PBB, UNIFIL (Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan) memantau sempadan Israel-Lubnan sejak 1978.

Bulan lepas, tiga askar UNIFIL cedera ringan akibat letupan berhampiran kenderaan mereka di selatan Lubnan.

Misi itu kini melibatkan kira-kira 10,000 anggota tentera dan 800 kakitangan awam. Sejak ia bermula hampir 50 tahun yang lalu, lebih 300 anggota pengaman PBB terkorban. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan