Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tirai temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak dibuka secara rasmi dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Perpaduan di sini, malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Para SUKMA Sarawak dibuka gilang-gemilang

ByAmirah Shawel

KUCHING, 22 Sept: Tirai temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak dibuka secara rasmi dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Perpaduan di sini, malam ini.

Meskipun acara perasmian membuka tirainya jam 8.40 malam, orang ramai sudah mula membanjiri perkarangan stadium sejak jam 4 petang untuk tidak ketinggalan menyaksikan majlis perasmian yang penuh warna-warnj itu.

Penonton yang hadir terlebih dahulu disajikan dengan prapersembahan memukau daripada penghibur tempatan seperti Firdaus Materang, Nurafizah Busman, Nick dan Stella Chung, Ramles Walter, Syafieqah Marzuki, Aleysha dan Ryan Zachary serta Roxy Ixzy.

Kemeriahan majlis perasmian diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh juga tidak melepaskan peluang untuk bersama dengan rakyat Bumi Kenyalang menyaksikan upacara perasmian itu.

Majlis diteruskan dengan persembahan pembukaan Semangat Juang diikuti perarakan masuk kontinjen bendera Jalur Gemilang dan perbarisan kesemua 15 kontinjen yang bertanding bermula dengan Johor dan diakhiri dengan kontinjen tuan rumah.

Seterusnya, jaguh angkat berat negara, Bonnie Bunyau diberi penghormatan untuk membawa obor temasya bersama atlet kelahiran Sarawak, Jamery Siga (renang), Batricia Richael Sentau (olahraga), Fatimah Wagimin (powerlifting), Suhaili Laiman (badminton) dan Ting Ing Hock (pingpong).

Seterusnya, majlis dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada artis kebanggaan Bumi Kenyalang, Bob Yusuf dan Hafiz Suip.

Pertunjukan bunga api selama 10 minit mewarnai stadium menjadi penutup bagi acara perasmian Para SUKMA ke-21 Sarawak 2024.

Mengikut rekod, kali pertama Sarawak menganjurkan Para SUKMA adalah pada 1996 manakala penganjuran terakhir lapan tahun lalu.

Sarawak sebelum ini mempamerkan dominasi dalam temasya tersebut apabila muncul juara keseluruhan sebanyak 13 kali berturut-turut dari edisi 1994 di Johor hingga 2018 di Perak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan