Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh dan Yusuf Abd Wahab disambut mesra sebaik tiba pada Majlis Perasmian Pesta Belawai pada Ahad. Foto TVS

Pantai Belawai bakal berubah wajah

TANJUNG MANIS, 22 Sept: Pantai Belawai bakal berubah wajah selepas kerajaan meluluskan peruntukan RM161 juta untuk projek naik taraf tebingan kawasan tersebut secara menyeluruh.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah itu merupakan usaha penting untuk menjadikan pantai berkenaan sebagai tarikan pengunjung.

Menurutnya, ia secara tidak langsung membuka satu lagi peluang ekonomi baharu kepada penduduk terutama peniaga kecil.

“Projek berimpak tinggi ini dijangka mengambil tempoh masa tiga hingga empat tahun. Saya menggesa semua pihak memberikan kerjasama agar pelaksanaannya berjalan lancar dan sempurna,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Pantai Belawai hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, limpahan pembangunan yang dibawa Kerajaan Sarawak terserlah melalui pelaksanaan beberapa projek rakyat yang kini membawa perubahan besar ke atas kawasan berkenaan.

Malah menurutnya, projek pembangunan Pantai Belawai dilaksanakan secara berperingkat sejak awal 1990-an.

“Beberapa projek seperti penanaman tukun tiruan pada tahun 2018 mula membuahkan hasil apabila spesis ikan yang dahulunya jarang ditangkap oleh nelayan tempatan seperti ikan terubok sudah mula ada.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari juga meluluskan Pembangunan Lapangan Terbang Tanjung Manis, hotel bertaraf tiga bintang dan padang golf.

“Secara tidak langsung ia akan menjadikan Daerah Tanjung Manis menjadi tumpuan pengunjung luar,” ujarnya.

Beliau juga optimis projek Jambatan Pasi yang siap tidak lama lagi memudahkan perjalanan sekali gus membawa masa depan cerah untuk sektor pelancongan Daerah Tanjung Manis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan