YANGON, 22 Sept: Pihak berkuasa Myanmar memperuntukkan 30 bilion kyat (kira-kira US$14.2 juta) dan menerima sumbangan bagi bantuan dan pemulihan banjir, lapor Xinhua memetik akhbar harian milik kerajaan The Mirror pada Ahad.
Dalam satu majlis pada Sabtu, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing mengumumkan peruntukan itu dan berkata bahawa kerajaan akan menggunakan dana yang diperuntukkan bersama sumbangan daripada penderma untuk usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Sebanyak lebih 32 bilion kyat (kira-kira US$15.2 juta) diterima dalam majlis itu. Min Aung Hlaing menyampaikan penghargaan kepada para penderma dan menekankan bahawa sumbangan mereka akan sangat membantu dalam usaha pemulihan.
Myanmar mengalami kerugian besar akibat Taufan Yagi melanda negara itu baru-baru ini. -TVS