Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para atlet yang bertanding menjalani saringan klasifikasi yang bakal menentukan penyertaan kategori sempena temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024, hari ini. Foto Bernama

Lima tahun tidak beraksi, Jennyla mahu rampas semula dua pingat emas untuk Sarawak

ByBernama

KUCHING, 22 Sept: Selepas terlepas Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) edisi sebelum ini, atlet olahraga Sarawak Jennyla Kueh tampil dengan misi memburu pingat emas acara lempar cakera dan rejam lembing pada temasya itu yang membuka tirai hari ini.

Atlet berusia 35 tahun itu berkata beliau menyedari kehadiran atlet baharu pada edisi kali ini pasti memberikan tentangan sengit buatnya untuk mengulangi pencapaian menggondol dua pingat emas bagi kedua-dua acara itu pada edisi 2018 di Perak.

Apatah lagi beliau sudah hampir lima tahun tidak menyertai mana-mana kejohanan kerana kesibukan bekerja sebagai tukang jahit di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun atlet kelahiran Bau, Kuching itu berkata beliau mengambil jurulatih persendirian dan menjalani latihan berdekatan kediamannya di ibu kota untuk mengasah semula ‘taring’nya bagi memastikan dua pingat emas menjadi milik Sarawak.

“Saya sudah mula latihan bersama jurulatih persendirian sejak Mac lepas, sepanjang latihan memang jurulatih ada sediakan program nak asah semula kemahiran, sebab untuk atlet yang ikut Para SUKMA bukan sepenuh masa sebab dah ada kerjaya dan perlu bahagi masa bila perlu kerja dan bila latihan.

“Walaupun saya sudah dapat pingat emas saya rasa mula daripada kosong sebab agak lama cuti, nanti saya akan buat persembahan terbaik dan sehabis baik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata atlet Perlis bakal menjadi halangan besar untuknya mengulangi pencapaian pingat emas di temasya dwitahunan itu.

Jennyla bakal beraksi bagi kategori F56-57 (kecacatan fizikal) acara lempar cakera pada Isnin, rejam lembing (Selasa) dan lontar peluru pada Rabu.

Sementara itu, jurulatih skuad lontaran Sarawak Chang Chai Soon berkata beliau optimis 11 pingat emas mampu dibutirkan oleh lebih 20 orang anak buahnya yang akan beraksi pada acara sukan berprestij tersebut.

“Cuma Sabah akan beri tentangan besarlah untuk pasukan Sarawak sebab edisi lepas memang Sabah pasukan kuat, tapi kita sudah mula latihan dari awal tahun harapnya kita boleh atasi mereka,” katanya. -TVS.

Para SUKMA: Abd Halim idam gelaran atlet terbaik meskipun bertanding acara baharu

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found