Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan milik mangsa dijumpai anaknya di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian. Foto JBPM

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika periksa pukat

MIRI, 22 Sept: Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memeriksa pukat yang dipasang di Sungai Batu 4 Kuala Baram di sini, hari ini.

Mangsa, Minggu Ikum,59, dikatakan keluar memeriksa pukat seorang diri di sungai berkenaan jam 7.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Henry Jugah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.55 petang tadi.

“Kita dimaklumkan anak mangsa cuba menghubungi ayahnya sebanyak dua kali iaitu pada jam 11 pagi dan 12 tengah hari.

“Namun panggilan yang dibuat tidak dijawab,” katanya hari ini.

Menurutnya, bimbang sesuatu berlaku kepada ayahnya, anak mangsa pergi ke tempat ayahnya memasang pukat.

“Hanya kereta milik ayah dijumpai di parkir di tepi jalan tidak jauh dari lokasi itu.

“Mereka mencarinya di sungai dan didapati ada satu pukat terkoyak dan ada kesan gelonsor besar di tepi sungai tempatnya memukat dipercayai bekas tapak reptilia ganas itu,” ujarnya.

Katanya, BBP Lutong menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam radius satu kilometer sekitar kawasan kejadian.

“Operasi ditangguh pada jam 7.30 malam ini memandangkan keadaan sudah gelap dan operasi disambung esok,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan