Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merasmikan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Buntal

Lakukan pengesanan awal penyakit

ByMahathir Haroun

KUCHING, 22 Sept: Setiap lapisan masyarakat perlu melakukan pengesanan awal penyakit supaya mudah untuk melakukan rawatan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pengesanan awal penting supaya masyarakat dapat mengambil langkah awal sebelum penyakit menjadi lebih teruk.

“Pencegahan awal adalah aspek penting sebelum kita kita mendapatkan rawatan lanjut melibatkan sesuatu penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Komuniti Klinik Buntal 2024 dan Majlis Perasmian Panel Penasihat Klinik Kesihatan Buntal di sini, hari ini.

Karnival tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Klinik Kesihatan Buntal, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Buntal, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Buntal, JKKK Kampung Sungai Lumut, JKKK Kampung Sungai Batu dan JKKK Kampung Sungai Bedaun.

Aktiviti dilangsungkan sepanjang karnival termasuk pemeriksaan darah tinggi, kencing manis, mata dan penerangan mengenai penyakit tuberkulosis (TB).

Sehubungan itu, Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menggesa setiap ketua isi rumah memastikan individu di bawah tanggungan mereka melakukan saringan kesihatan setahun ini.

“Kita takut jika saringan dilakukan lewat, penyakit mungkin boleh merebak ke tahap lebih teruk dan menelan belanja besar.

“Keadaan sekarang sudah berubah dan kita memerlukan tahap kesihatan terbaik,” ujarnya.

Menurutnya, saringan boleh dilakukan di klinik kesihatan berdekatan yang menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan