Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap semasa Makan Malam Budaya Sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2024 di Christian Ecumenical Workship Center di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Kebijaksanaan Abang Johari bantu Sarawak realisasi ekonomi berpendapatan tinggi

BETONG, 22 Sept: Kebijaksanaan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mencorak pembangunan dan ekonomi telah membawa Sarawak semakin ke hadapan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kejayaan Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi sehingga diiktiraf oleh Bank Dunia jelas membuktikan hasil kebijaksanaan kepimpinan Abang Johari yang juga merupakan seorang pemimpin inklusif.

Katanya, beliau juga seorang pemimpin yang berpandangan jauh, mempunyai visi yang jelas, berani, tegas dan paling penting mempertahankan hak-hak Sarawak.

“Baru-baru ini, timbul lagi cerita mengatakan bahawa pemimpin kita bernasib baik.

“Tetapi ini bukan nasib, kejayaan pembangunan yang dikecapi adalah hasil kebijaksanan pendekatan yang dilaksanakan oleh Abang Johari ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Samu, Paku di Betong pada Sabtu.

Jelas Uggah, pendapatan Sarawak pada tahun lepas tertinggi dalam sejarah iaitu RM13.3 bilion dan menjangkakan pendapatan tahun ini akan melebihi daripada 2023.

Sehubungan itu, Uggah optimis menjadikan Betong sebuah daerah berpendapatan tinggi.

“Dengan teknologi yang ada,tidak ada sebab mengapa kita di bahagian ini tidak boleh mencapai pendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan