YANGON, 22 Sept: Kebakaran melanda sebuah bangunan dua tingkat berusia lebih 100 tahun di sebuah biara di tapak arkeologi Myanmar, Bagan, yang terletak di wilayah Mandalay di tengah Myanmar, pada malam Sabtu, menurut pegawai jabatan bomba kepada Xinhua pada Ahad.
Kebakaran itu disebabkan oleh lilin yang dinyalakan oleh ketua sami di atas almari yang mengandungi teks suci dan kelengkapan sembahyang, kata pegawai itu.
Semasa beliau pergi ke tandas, lilin itu membakar teks suci dan api dengan cepat merebak kerana bangunan kayu besar itu dilapisi minyak petroleum. Bagaimanapun tiada korban jiwa, tambahnya. -TVS