Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kawasan sekitar Gua Niah rancak dibangunkan untuk menerima kedatangan pelancong luar. FOTO Salasiah Safian (TVS)

Gua Niah sedia terima pelancong seluruh dunia

BySalasiah Safian

MIRI, 22 Sept: Pengiktirafan Kompleks Gua Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun ini mampu merancakkan sektor pelancongan di Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata, kawasan tersebut sudah bersedia menerima pelancong dari seluruh dunia.

“Sekarang kita tahu Gua Niah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia. Ini menunjukkan Batu Niah mempunyai harta.

“Kita sudah terbuka kepada dunia dan boleh mengimpikan kedatangan pelancong luar. Jadi, Batu Niah perlu bersedia untuk membuka kawasan ini (Gua Niah) kepada dunia luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Tapak Baru Batu Niah Buddhist Society, di sini hari ini.

Sementara itu, Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menjelaskan, bangunan Batu Niah Buddhist Society apabila siap kelak bakal menjadi tarikan di kawasan tersebut.

“Ia bukan sahaja berfungsi sebagai pusat menjalankan aktiviti persatuan tetapi menjadi tempat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk tempatan memainkan peranan masing-masing untuk mempromosi kawasan Batu Niah kepada orang luar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan