Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemilihan bas Rapid KL sebagai pengangkutan untuk atlet Para Sukan Malaysia dibuat kerana bas berkenaan memiliki kriteria mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Fatimah kecewa kritikan ADUN Pending terhadap pemilihan bas Rapid KL sebagai pengangkutan atlet Para SUKMA

KUCHING, 22 Sept: Pemilihan bas Rapid KL sebagai pengangkutan rasmi untuk atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dibuat kerana bas berkenaan memiliki kriteria mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bas itu sebagai contoh memiliki ruang dalam yang luas sekali gus membolehkan atlet Para membawa kerusi roda.

“Kita ada 260 orang atlet Para SUKMA yang menggunakan kerusi roda.

“Jumlah ini belum termasuk pengurus dan jurulatih yang menggunakan kerusi roda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Perasmian Karnival Para SUKMA ke-21 di Dataran Perayaan Petrajaya di sini hari ini.

Fatimah mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending. Violet Yong yang menyifatkan penggunaan bas Rapid KL pada temasya berkenaan sebagai mengecewakan berikutan Sarawak memiliki bas hidrogen.

Berhubung kritikan berkenaan, Fatimah berkata beliau juga kecewa dengan tindakan Violet menjelang pembukaan rasmi Para SUKMA Sarawak 2024 yang dijadualkan malam ini.

“Saya berasa kecewa dengan komen tersebut kerana sedang bertungkus lumus (untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada atlet dan) rakyat Sarawak juga bersatu padu untuk menjayakan temasya ini,” katanya.

Fatimah sebelum ini memaklumkan sebanyak 25 bas Rapid Bus Sdn Bhd mesra OKU tiba di Sarawak sedia digunakan pada temasya berkenaan.

Penyediaan bas berkenaan kata Fatimah selaras dengan komitmen Sarawak menyediakan pengangkutan yang inklusif dan selamat bagi semua atlet bertanding. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan