Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hannah Yeoh berbual sesuatu dengan Mully

Contohi kegigihan Mully dalam sukan

KUCHING, 22 Sept: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menganggap atlet para renang Sarawak, Mully Adriano Tawan sebagai contoh kepada individu Orang Kelainan Upaya (OKU) yang lain.

Beliau berkata, jejak langkah Mully sepatutnya menjadi ikutan sehingga mampu mewakili Sarawak untuk Para SUKMA XXI.

Menurutnya, kekurangan tidak menghalang Mully untuk gigih berlatih dan menceburi bidang sukan.

“Sukan merupakan tempat untuk menonjolkan bakat, sekarang ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk program Podium.

“Ini merupakan satu laluan kerjaya untuk mereka yang mempunyai bakat,” katanya kepada media di Pusat Akuatik Pandalela Rinong hari ini.

Sementara itu, kudung tangan kanan bukan pengakhiran kepada Mully untuk mewakili Sarawak pada Para SUKMA XXI.

Mully,34, yang berasal dari Lawas hilang tangan kanan pada 2019 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal.

“Selepas dua tahun saya bangkit daripada peristiwa gelap dan berlatih untuk sukan renang sejak 2021,” ujarnya.

Menurutnya, kejadian yang menimpa dirinya menyebabkan beliau mengasingkan diri daripada keluarga.

“Namun keluarga menghantar saya ke Kuching untuk bekerja dan berjumpa dengan kawan dalam sukan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mully mengajak individu OKU untuk mempamerkan bakat dan kebolehan masing-masing.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan