Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir ke Majlis ‘Night at the Museum’ di Muzium Budaya Borneo, Kuching, malam tadi. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

BCM destinasi popular pelancong domestik dan antarabangsa, cecah 1.1 juta pelawat

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 22 Sept: Muzium Budaya Borneo (BCM) terus menjadi destinasi popular kepada pelancong domestik dan antarabangsa dengan jumlah pelawat mencecah seramai 1.1 juta (1,142,341) sejak pembukaannya pada Mac 2022 hingga hari ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Jabatan Muzium Sarawak komited menyediakan pameran dan program bertaraf dunia yang mempromosikan pendidikan tidak formal kepada pelawat tempatan dan antarabangsa, termasuk pelajar serta penyelidik daripada pelbagai sektor pendidikan.

Katanya, selain daripada pameran tetap, jabatan tersebut juga memperkenalkan langkah yang inovatif dalam mempersembahkan pameran yang luar biasa untuk manfaat masyarakat setiap tahun.

“Tahun lepas, Jabatan Muzium Sarawak membawa masuk Muzium Bulan, iaitu karya seni bertaraf dunia oleh Luke Jerram, yang telah menarik lebih 60,000 pelawat ke BCM.

“Pada tahun ini pula, jabatan berkenaan memperkenalkan tarikan yang sama, iaitu melalui pameran GAIA (The Earth) oleh Luke Jerram dan paparan bumi yang mengagumkan ini telah menarik lebih 89,000 pelawat,” katanya ketika berucap pada Majlis ‘Night at the Museum’ di Muzium Budaya Borneo, di sini, malam tadi.

Jelas Abdul Karim, kedua-dua pameran tersebut menggunakan model 3D yang digantung di dalam BCM yang mana ia mempersembahkan paparan menakjubkan dan memberikan kesan mendalam yang tidak dapat dicapai oleh paparan 2D tradisional.

Mengulas lanjut, beliau berkata, BCM juga berfungsi sebagai tempat tumpuan untuk mengembangkan minda pelajar sekolah melalui pelbagai acara, program dan pameran yang bukan sahaja bersifat pendidikan tetapi juga kelihatan interaktif dan menghiburkan.

“BCM telah memanfaatkan pelajar dari 212 prasekolah, 528 sekolah rendah dan 147 sekolah menengah sejak penubuhannya pada Mac 2022. Sejak Januari tahun ini, BCM telah memberi manfaat kepada lebih 14,000 orang pelajar dari seluruh Sarawak,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan