Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan hadiah kepada pemenang perarakan Maulidur Rasul Peringkat Gedong di sini hari ini. Foto, Nadim Bokhari (TVS).

Bangunkan Gedong dan Sarawak dengan konsep Muraqabah – Abang Johari

GEDONG, 22 Sept: Kerajaan Sarawak mahu membawa konsep Muraqabah dalam membangunkan Gedong, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, pihaknya mahu pembangunan di sini meneladani kepimpinan Nabi Muhammad SAW ketika baginda membangunkan Madinah suatu ketika dahulu.

“Kita bangunkan Gedong sejajar dengan bagaimana Nabi Muhammad SAW bangunkan Madinah dahulu. Jadi kita bangunkan daerah Gedong, Simunjan terus ke Samarahan dan terus ke kawasan perkampungan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong 1446H/2024M, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo,
wakil khas Premier Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, Dato Mohd Naroden Majais, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Tambah Abang Johari, konsep Muraqabah mengambil kira kehendak manusia serta keperluan dalam menjaga alam semula jadi agar ia tidak terjejas.

Selari dengan itu, Abang Johari turut menekankan kepentingan ilmu dalam memastikan pembangunan di kawasan ini dapat dicapai.

“Manusia mesti memiliki ilmu. Nabi Muhammad SAW tekankan hal ilmu (dan) dengan adanya ilmu baharu, kita menggunakannya untuk mengangkat keadaan masyarakat.

“Saya hanya mampu untuk membangunkan perkara fizikal (infrastruktur) namun pembangunan insaniah terpulang kepada individu itu sendiri, ” jelas Abang Johari.

Sambutan Maulidur Rasul di Gedong telah berlangsung mulai 14 September lalu dengan pelbagai pengisian acara telah diadakan.

Antaranya termasuk perarakan yang melibatkan 19 kontinjen terdiri daripada masjid dan surau di kawasan itu.

Johan perarakan dimenangi oleh Surau Asshobirin, Kampung Tengah Lama, diikuti Masjid Nurul Huda, Kampung Sebuyau Ensengei dan Surau Assyakirin, Kampung Kampung Kanchong Baru. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan