Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat orang terbunuh dan puluhan cedera dalam insiden tembakan rambang pada malam Sabtu di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik media tempatan. Foto hiasan Envato

4 terbunuh, puluhan cedera dalam insiden tembakan rambang di Alabama, AS

ByBernama

WASHINGTON, 22 Sept: Empat orang terbunuh dan puluhan cedera dalam insiden tembakan rambang pada malam Sabtu di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Polis Birmingham melaporkan bahawa kejadian tembakan berlaku di kawasan kejiranan yang sibuk di blok 2000 Magnolia Avenue, di kawasan Five Points South berhampiran Universiti Alabama. Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa keempat meninggal dunia di hospital universiti. Beberapa mangsa lain mengalami kecederaan serius.

Pihak berkuasa percaya beberapa penembak terlibat dalam insiden itu. Sehingga awal pagi Ahad, tiada suspek yang ditangkap. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan