Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki kemalangan kendiri melanggar pokok di Jalan MJC Batu Kawa, Kuching, awal pagi tadi. Foto JBPM

Wanita maut, kereta dinaiki langgar pokok di Jalan MJC Batu Kawa

KUCHING, 21 Sept: Seorang wanita maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki kemalangan kendiri melanggar pokok di Jalan MJC Batu Kawa di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu mangsa yang maut dikenali Vronica Agnesia Bong,28, penumpang kereta berkenaan manakala rakannya yang juga seorang wanita pemandu kereta yang belum dikenal pasti identiti cedera.

Komander Operasi, Kana Tawi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.42 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berada di lokasi sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, terdapat dua mangsa wanita masih di dalam kenderaan tetapi tidak tersepit.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa, seorang mangsa (pemandu) cedera diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk dibawa ke ohspital.

“Seorang mangsa (penumpang di bahagian depan) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan