Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skala kemusnahan dan penderitaan kanak-kanak Palestin telah meningkat dengan ketara. Foto fail AFP

UNICEF gesa gencatan senjata segera di Gaza lindungi kanak-kanak

ByBernama

NEW YORK, 21 Sept: Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF Ted Chaiban pada Jumaat menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak serta membolehkan penghantaran segera bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Chaiban memberitahu taklimat media mengenai misinya ke Israel, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat bahawa skala kemusnahan dan penderitaan kanak-kanak telah meningkat dengan ketara.

Jumlah keseluruhan individu yang terpaksa berpindah meningkat daripada 1.7 kepada 1.9 juta orang.

Beliau juga menekankan keperluan untuk penyelesaian politik yang dirundingkan, yang mengutamakan hak dan kesejahteraan kanak-kanak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan