Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo Negeri Sembilan Football Club. Foto NSFC (FB)

Skuad Rusa umum Vanzini pemain import baharu

ByBernama

SEREMBAN, 21 Sept: Negeri Sembilan FC (NSFC) mengumumkan Sebastian Avanzini sebagai pemain import baharu bagi memperkuat cabaran Skuad Jang dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.

Bermain di posisi tengah, pemain berusia 29 tahun itu yang sebelum ini bersama Kuala Lumpur City FC pada sesi 2023 beraksi dalam 31 perlawanan dan mencatatkan dua gol serta empat bantuan gol ketika bersama pasukan itu.

Ketua Jurulatih NSFC K. Nanthakumar berkata kehadiran pemain kelahiran Itali itu akan memberi suntikan berkualiti kepada pasukan terutama di bahagian tengah untuk terus beraksi lebih cemerlang.

“Beliau ada pengalaman luas dan kami yakin kemahiran serta kebolehannya di atas padang akan memberi impak besar kepada pasukan.

“Kami (barisan kejurulatihan) akan membantu beliau menyesuaikan diri dengan sistem permainan. Beliau telah mula turun berlatih bersama pasukan dan menunjukkan komitmen baik ketika sesi latihan,” katanya dalam kenyataan.

NSFC akan bertandang ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang Ahad ini untuk perlawanan Liga Super menentang Penang FC. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan