Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah chalet di Jalan Bakam, Tim Seaside Resort, Miri, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Foto JBPM

Rumah chalet di Jalan Bakam musnah terbakar

MIRI, 21 Sept: Sebuah rumah chalet di Jalan Bakam, Tim Seaside Resort di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral, Bonny Martin Saging Mato berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.32 pagi dengan menggerakkan 18 anggota BBP Miri Sentral ke lokasi kejadian.

“Setibanya pihak bomba di lokasi, kebakaran melibatkan chalet jenis tidak kekal berkeluasan 8×10 kaki persegi terbakar keseluruhan.

“Pihak bomba membuat size-up dengan menggunakan konsep RECEO seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran tidak melibatkan mangsa dengan anggaran kebakaran adalah 100 peratus.

“Anggota membuat pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive dengan menggunakan satu aliran 100 kaki dua nozel dan satu aliran salur bantu mula bagi mengawal dan memadam kebakaran sepenuhnya,” ujarnya.

Katanya, setelah memastikan keadaan di lokasi selamat dan tiada lagi punca api, tugas seterusnya diserahkan kepada pasukan forensik kebakaran bagi menyiasat punca. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan