Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazal menerima cenderamata daripada Pengerusi Saberkas Cawangan Pakan, Ting Kew Ming sambil diperhatikan tetamu yang lain. Foto TVS

SCHB mekanisme terbaik lestari kesejahteraan warga emas

PAKAN, 21 Sept: Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) merupakan antara mekanisme terbaik Kerajaan Sarawak dalam usaha melestarikan kesejahteraan golongan sasar itu.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier ( Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri–Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, skim itu bertujuan memastikan warga emas mendapat rawatan kesihatan yang diperlukan tanpa beban kewangan.

Malah katanya, dengan jangka hayat yang semakin panjang, skim itu juga berperanan penting bagi menambah baik kualiti hidup golongan berkenaan

“Ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari dalam menjaga kebajikan sekali gus mengiktiraf sumbangan warga emas. Bagi saya ini merupakan salah satu lagi inisiatif kerajaan yang begitu baik sekali.

“Sehubungan itu, saya yakin kementerian yang berkaitan sedang melihat kaedah pelaksanaan terbaik yang bakal memberikan manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Wanita Saberkas Berkarisma di Dewan Masyarakat Pakan, hari ini.

Usaha itu katanya, sejajar dengan pendekatan kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di samping meringankan beban mereka dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin mencabar.

Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden dan Pengerusi Biro Wanita Saberkas berkata, Saberkas yang berperanan sebagai platform belia sarawak, kini lebin inklusif dengan penyertaan semakin ramai wanita dalam pertubuhan itu.

Penglibatan wanita dalam Saberkas katanya, menunjukkan peningkatan yang signifikan sekali gus mencerminkan komitmen tinggi pertubuhan itu dalam memperkasakan sosial dan ekonomi golongan berkenaan.

Pakan merupakan destinasi pertama bagi penganjuran program tersebut dan bakal diperluaskan ke daerah lain khususnya di kawasan pedalaman Sarawak tidak lama lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan