Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir ke David Chew's Solo Art Show Operning di La Promenade Mall di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Sarawak komited sokong pertumbuhan industri seni kreatif

KUCHING, 21 Sept: Kerajaan Sarawak terus komited dalam menyokong pertumbuhan industri seni dan kreatif di wilayah ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Beliau berkata, ketika ini terdapat peningkatan pesat dalam pameran seni di Sarawak dengan kehadiran penciptaan karya baharu oleh rakyat Sarawak yang berbakat sekali gus membentuk landskap artistik yang bertenaga.

“Setakat ini Sarawak, saya dapat melihat bahawa dalam beberapa tahun ini, terdapat peningkatan pesat dalam pameran seni.

“Saya percaya bahawa kini kita bergerak ke peringkat yang pasti untuk menggalakkan anak muda kita bagi mendapat manfaat,” katanya ketika berucap semasa pembukaan David Chew’s Solo Art Show di La Promenade Mall di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Artis Seni, David Chew berkata, dia berharap agar masyarakat mampu menilai sendiri karya seni yang dipamerkan sekali gus memahami penerangan setiap karya yang telah dihasilkan.

Katanya, setiap karya yang terhasil itu akan memberikan kesedaran dan pencerahan tersendiri kepada aspek penceritaan pengkarya seni melalui hasil karyanya.

“Saya mahu menjadikannya seperti buku di mana orang membaca buku, jadi semua karya seni di sini diharapkan dapat dinilai.

“Jadi itulah tujuan pertunjukan seni itu agar anda dapat melihat karya seni serta tajuk dan penerangan karya seni tersebut,” katanya.

Pertunjukkan karya seni oleh David Chew ini adalah pameran seni solo kedua beliau yang bertemakan “Come Into Your Own” setelah genap 10 tahun selepas pameran pertamanya yang berlangsung pada tahun 2014.

Beliau juga pernah bekerjasama dengan institusi seperti Persatuan Seniman Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang secara tidak langsung telah memupuk era baharu seni di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan